nuffnang header

Monday, February 14, 2011

++ Salam Maulidur Rasul ++

Sama-sama lah kita berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw.

 

Wednesday, February 2, 2011

++ Missing Him ;( ++

I Miss him so muchhhhhh!!!

p/s: Tolong Ya Allah swt. Aku rindu Dia.

Thursday, January 27, 2011

++ He Came !!! ++

MasyaAllah, Alhamdulillah... Terima kasih Allah swt. Hari ini, dia datang office I. Tak sangka jumpa lagi. Selama ini call jer. Tak sampai seminggu pun jumpa dier dah jumpa lagi. Lain rasanya. Tapi bila jumpa tadi masing2 macam tergamam. Tak boleh cakap apa2 pun. He just say Hi, How are you dear, I'm so happy to see you today...Itu saja. Masing2 macam confuse. Me and him confuse? Why? Why? Why? He just looked at me, smiled, smiled and smiled. Kalau jantung I jangan cakap lah. Macam nak tercabut dah. Macam tak tentu arah dah jadinya. Tak dengar suara lagi I dah jd tak tentu arah. Tengok dia senyum lagilah, macam nak keluar airmata nih. MasyaAllah... Tuhan saja yang tahu. Kenapa I rasa macam nih? Dia pun rasa yang sama ker? Ker I saja yang rasa macam tu? Kenapa nih? Ya Allah, aku keliru.

Tapi I betul2 tak boleh lupakan rupa dia tadi. Yellow t-shirt, black snickers, black snow cap, cream color khakis, bagpack and etc... Tengok dia senyum, tengok mata dier, dengar dia cakap, tengok cara dia jalan semuanya I tak boleh lupa. Huhhh... Ini dah angau nih. Jantung nih smpi sekarang masih berdebar2 lagi. Naik sakit dibuatnye. Tolong Ya Allah swt. Bantu aku Allah swt. Aku dah mula sayangkan dia.

p/s: I miss you a lot !!! 

++ Muslim Guys to Non-Muslim Guys ++

From Muslim to Non-Muslim guys. Is it OK for you guys? Hrrrmm..I think I've already falling in love with someone that is not a Muslim guy. His very gentleman person that I've ever met. His very kind. His polite. His everything lahhh... Huhhhh... Miss him. Miss him so much. Really2 miss him. What should I do now? Please call me now !!! It's an order dear. Ehheee...

:
:
:
:
:
 



Him...I miss him..uhuhuhuuuu

++ Treasure Hunt & Staff Appreciation Night 2011 ++

Lama sangat dh tak update blog nih. Naik berkulat dah dia. Ehehehee.. Busy sangat2 dengan rfs. Melambak2 dia datang. Adooooiiii. Sabar jer lah. Actually last weekend, company I ada buat Treasure Hunt & Staff Appreciation Night. Memang best sangat2. Fun gila lah. First time join treasure hunt. Tak terkata bestnya. Macam dah gian plak nih. Memang gian nih. Tolong carikan treasure hunt yang lain untuk I !!!!! Eheheee.. Mana I tak jadi gian, I menang tau tak. I'm at the 4th place from 22 team. Cayalah. Actually, treasure hunt tue start  from my office at PJ till Restaurant Peranakan at Jonker Walk, Melaka. Start the race at 0645 and finished it before 1400. Gila laju I drive that day. Eheheee... Bukan apa, manakan nak menjawab soalan2 treasure tue, nak mencari  & membeli treasure pula lagi. Alhamdulillah semua selamat. Semua soalan & barang2 treasure dapat di cari. Takda satu pun yang tertinggal. Tapikan satu benda jer yang susah sangat2 nk dicari haritu. 'VICO'. Punyalah jauh jalan dari PJ ke Melaka, satu kotak VICO pun ssh nak dapat. Nasib baiklah ada yang bermurah hati mencarikan untuk team I. Oklah, dari you guys layan I membebel, baik tengok gambar2 masa Treasure Hunt & Staff Appreciation Dinner nih. Oh ya... Lupa nak bagitahu. Masa  Staff Appreciation Dinner tue, department I buat presentation ala2 Jepun punya show la and kitorg dapat no 2 untuk department presentation. Banyak halangan sebenarnya masa nak buat show  nie. Mana tak nya, dengan tertinggal backdrop nya, dengan main actor drunk nya. Kesian kirorg. tp alhamdulillah bole juga menang.  Bestnyeeeeeeeee.... Enjoy the photo ok !!!!!






















:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

AND.....This is the best part on that day till noww!!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
++ HIM ++
 



p/s: I've already miss him. His very gentleman person that I've ever met. Really miss him now. uhuhuu...

Friday, December 17, 2010

++ I've already achieve one of it ... ++

Assalamualaikum. Ingat lagi tak apa I punya azam tahun baru? Tak mengapa kalau you guys tak ingat. I listkan untuk you guys. I dah achieve salah satu darinya. Alhamdulillah. Lebih awal dari yang dijangkakan. Syukur yang teramat. Mana yang I highlight kan tu means I dah achieve.

1. Pass my probation period with EXTRAORDINARY remark.
2. Pray 5 times a day everyday.
3. LOVE ALLAH above everything else.
5. Recite QURAN every week
6. Observe the "Monday & Thursday" Sunnah fast.
7. Focus on my career.
8. Improve on my photography skills. Trying to make MONEY with this skills.
9. Buy mama & ayah luxury items
10. Be more patient & understanding person.
11. Always smile
12. Buy a HOUSE.......
 
Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. Kau kabulkan doa hambaMu ini.

Monday, December 13, 2010

++ Update Later ++

Last Sunday which is yesterday was my best friend engagement day (e-day). Nanti I update OK cerita & picture nya. Harini busy sangat-sangat + sleepy.

Monday, December 6, 2010

++ Doa Akhir & Awal Tahun ++

Sama-samalah kita menunaikan apa yang telah diperintahkan olehnya.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
 
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga kita mendapat keredhaan dariNya. Ya Allah, Kau berkatilah aku, kedua ibubapaku, adikku & seluruh umat islam didunia ini.

++ Salam Maal Hijrah 1432 ++

Esok atau lebih tepat lagi maghrib ini seluruh umat islam di dunia ini akan menyambut Awal Muharam 1432 Hijrah. Kalau selalunya kita ada azam pada setiap tahun baru, apa pula azam untuk Maal Hijrah tahun ini? Sebenarnya I dah pun senaraikan azam untuk Maal Hijrah pada tahun ini merangkap azam tahun baru 2011. Below is the list.

1. Pass my probation period with EXTRAORDINARY remark.
2. Pray 5 times a day everyday.
3. LOVE ALLAH above everything else.
5. Recite QURAN every week
6. Observe the "Monday & Thursday" Sunnah fast.
7. Focus on my career.
8. Improve on my photography skills. Trying to make MONEY with this skills.
9. Buy mama & ayah luxury items
10. Be more patient & understanding person.
11. Always smile
12. Buy a HOUSE.......

Semua diatas adalah azam Maal Hijrah & Tahun Baru 2011 I. Macamana dengan anda pula?

p/s: Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku. Kau ampunkanlah dosa kedua Ibubapaku. Kau ampunkanlah dosa adikku. Kau kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku. Kau berikanlah kesihatan tubuh badan kepada kami agar dapat kami laksanakan amanahMu dengan sempurna Ya Allah.  Kau Kuatkanlah semangat ku dalam menempuh hidup & dugaan dariMu. Berilah aku semangat & kekuatan dalam usaha untuk mencapai apa yang aku inginkan dalam hidup ku. Kau berikan aku petunjukMu Ya Allah dalam mencapai apa yang telah aku azamkan. Kau permudahkanlah segala perjalanan hidupku dan juga keluarga ku. Kau tunjukkanlah jalan yang benar yakni jalan yang Engkau redhai. Kau murahkanlah rezeki kami. Curahkan kami dengan rezekiMu yang halal & diberkati. Sesungguhnya Ya Allah, Engkaulah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Engkaulah yang maha pengampun & sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji. Amin amin ya rabbal alamin....


Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah 

Sunday, November 21, 2010

++ Geng Blogger ++

Hi, I'm a new blogger. Please do following me here. Nice to meet you guys & keep in touch.

Thursday, November 18, 2010

++ I don't regret my past BUT ......++

I don't regret my past BUT I just regret the time I've wasted with the wrong people! It's true. 110% true. Yes I do. I really regret the time I've wasted with "you guys". huhhh...Serabut kepala kalau asyik nak pikir pasal benda-benda macam nih. Kawan datang kawan pergi. Sahabat datang sahabat pergi. Cuma satu yang tak akan pergi selagi kita tak lupakan Nya, Allah swt and our family.  Syukur Tuhan Kau masih bersama-sama ku dikala sesetengah rakan/sahabatku menceritakan keaibanku. Aku tak pernah mencerita keburukan mereka pada yang lain. Malahan aku hanya menceritakan kebaikan mereka pada yang lain. Bukan untuk memuji atau dipuji. Tapi atas dasar syukur dengan kurnia dari Tuhan kerana mengurniakan rakan/sahabat yang berhati mulia seperti kalian. Tapi lain pula bagi mereka. Menceritakan keaiban ku kononnya dapat meredakan hati yang tengah marah. Meluahkan sesuatu yang boleh mengaibkan ku bisa membuat hati mereka tenang. Apa salahkah aku jika tidak menjawab panggilan kalian? Salahkah aku jika tidak menerima pelawaan kalian? Pernahkah kalian memikirkan masalah ku? Mengapa aku tidak menjawab panggilan kalian? Mengapa aku tidak menerima panggilan kalian? Pernahkah mengapa, kenapa, dimana, bagaimana & etc ditanyakan kepada ku? Tidakkan. Adilkah itu semua pada ku? Adilkah?

Tidak mengapalah wahai rakan/sahabat. Sesungguhnya Tuhan itu maha adil. Mungkin memang benar aku pernah salah pada kalian. Mungkin memang benar aku pernah mengecewakan kalian. Akan tetapi aku tidak pernah menceritakan keburukan kalian sehingga ada pihak yang memandang serong pada kalian. Malah kalian masih begitu sempurna pada mata mereka. Tiada cacatnya. Tiada celanya. Tapi aku, aku dihina oleh mereka yang tidak pernah aku kenal. Mungkin sesetengah dari mereka juga sahabatku. Aku bukan sahaja dihina, malah mereka yang pernah menjadi sahabatku juga memandang serong dan memutuskan persahabatan dengan ku. Ada yang mengatakan bahawa mereka tidak menyangka aku sebegitu. Walhal itu bukan cerita sebenar mengenai ku. 

Biarlah, Tuhan itu adil. Tiada guna jika aku membebel panjang lebar disini mengenai semua ini. Belum tentu ada yg percaya dengan apa yang aku katakan. Sekali lagi, Tuhan itu maha adil. Biarlah mereka lakukan apa yang mereka inginkan. Katalah apa sahaja sehingga mereka puas. Tapi ingatlah wahai rakan/sahabat, sesungguhnya Tuhan itu maha adil. Perbuatan yang baik akan dibalas baik dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan salahkan aku kalau DISANA nanti kalian merangkak & terkinja-kinja mencari ku. Ini kerana hatiku belum terbuka untuk memaafkan kalian semua. Benar sedangkan nabi ampunkan umatnya. Tapi aku bukan nabi. Ingatlah rakan.sahabat. Aku belum memaafkan kalian.

Tuesday, November 16, 2010

++ Buat Perangai Lagi !!! ++

Apa nak jadi dengan si comel I nih. Asyik meragam je sebulan dua nih. Rabu lepas dia buat hal lagi. Masa nak nalik kerja boleh la pula dia tak boleh start. Jenuhlah I sensorang kat carpark. Almost 1 hour jugalah nak bagi dia start. Last-last, jumpered dari kereta member. Nak dijadikan cerita, jumper pula takda. Masing-masing takda nih. Bertanyakan pada colleague yang masih ada dalam office pun diorang takda jumper tue. So, apa nak buat nih? Hampir setengah jam duduk termenung mengenang nasib (ehehhe), akhirnya ada seorang colleague yang kebetulan hendak balik singgah bertanya. 

colleague : Yesterday, I had a same problem like you. Let me help you. 
I             : Thank you so much sir. Really appreciate it.
colleague : We have to jump your battery to start you car's.
I             : Ya, but we don't have a jumper. 
colleague : It's OK. 

Lepas itu, beliau pun beredar ke keretanya then datang balik pada I dengan sebiji bateri kereta. Maybe, bateri kereta beliau. 

colleague : OK, Lets jump your battery.
I             : How???
colleague : Relax. I know what I'm doing. I do the same thing yesterday.
I             : OK sir.

Lepas itu, beliau camtumkan terminal bateri si comel I dengan terminal bateri beliau. +ve to +ve, -ve to -ve. Then start the car. Alhamdullillah, boleh pn hidup si comel I. 

I             : Thank you so much sir.
colleague : No problem. You're lucky because I'm not going back yet. yesterday I was alone and I'm do it myself. Pity me. Ehehehehee...
I             : Eheheee....thanks again sir.

Nasib baiklah ada colleague I nih. Kalau tidak, tak tahu lah apa nak jadi haritu. Thanks juga pada my bff Azleen and her bff Raj sebab tolong sibuk-sibuk dengan I haritu.

Friday, November 12, 2010

++ Astaghfirullah ++

Ya Allah, mengantuknya mata ni. Sampai tak boleh nak buka ni. Jam baru 1030. Mata dah nak lelap sangat. Kerja tak sempat nak gerak mata dah mengantuk. Macam mana nak tahan ni. Si Alvin jiran kat partition I ni pula tak sudah-sudah dengan lagu soprano dia. Bertambah-tambah la mengantuk biji mata ni. Wahai Alvin, kerja I banyak sangat ni. Tolonglah tutup lagu soprano you tu. Telinga I tak tahan sungguh ni. You nak rfs you siap ker tidak? I kata diam Alvin. Kang I hempuk laptop you tu kang. Mengantuk sungguh mata I dengar lagu you tu. SENYAPPPPPPPP!!!!!!

Tuesday, November 9, 2010

++ TRAINING ++

Lots of training after this especially for PostgreSQL & Century Financial System Workflow. Huuuuhhhh penatlah lepas ni. Barulah hati ini nak lega dengan kurangnya rfs dekat dashboard. Tiba-tiba buka saja email, " kena pergi training ". Uhuhhuuu. Dahlah weekday fully booked dengan rfs and merging. Now bertambah lagi dengan training. Sabar jer lah Rose. Dah mana pun kerja. Buat saja lah. Redha & tawakal illallah. Mudah-mudahan diberkati dan dimurahkan rezeki. Amin.

++ rfs#10077047 ++


Finally it's done. Phewww... Lega sangat-sangat. Punyalah susah rfs ni. Berbulan-bulan dalam dashboard I. Naik berkapang dalam dashboard ni. Ehehhehee.. Cuba tengok dashboard I. RFS#10077047 tu dah berapa punya lama dalam dashbord ni. Siap dah  failed SLA dah pun. Tapi ia bakal clear tomorrow. Yeayyyy. Tapi jangan terpedaya dengan rfs#10034571 tu. rfs ni kena tunggu other person merging baru lah I boleh proceed. So, kalau tahun depan baru orang tu merging, jawabnya tahun depan juga lah baru I mula kerja I.


Bravo !!! Jangan suka sangat. Esok entah apa pulak rfs yang bakal diterima. Jenuh pikir ni. Anyway, be cool Rose. Eheehehehe... See you tomorrow dashboard.

++ MARAH ++

Morning, harini marah sangat hati ni. Macam nak meraung-raung je. Nak pekik kuat-kuat biar semua orang tahu macam mana marahnya hati ni. Jangan iangat kau je yang tahu susah. Apa orang lain tak tahu susah ker? Orang lain hidup senang sangat ker? Kalau kau rasa nak buka pekung pada semua orang dalam dunia ni, pergilah. Takda siapa nak halang. Itu hak kau. Tapi kalau satu hari nanti aku yang buka pekung, kau jangan nak cakap mulut aku mulut puaka pula. Mahu kena penyepak kat muka kau nanti. Astaghafirullah, marah sungguh hati ni. Sabar... Sabar... 

Monday, November 8, 2010

++ Whoaaa ++

Huhhh. Tengah-tengah bosan kat office ni teringin pula tekak ni nak makan benda-benda ni (Red Velvet Cake & Macaroon). Tolonglah. 

 courtesy to google.com image

courtesy to google.com image
 
Teringin sangat dah tekak ni. Uhuhhuuuu. Macam nak cari sekarang juga. Haritu dah jumpa dah macaroon dekat whisk. Tapi sebab dah tak ada flavour, so takder la beli. Sedey.

++ Friday, Saturday and Sunday ++

Assalamualaikum. Actually,  entry kali ini berkisar pada apa yang terjadi sepanjang weekend between me & my lil sis. 

Friday 5th october 2010.

Lepak-lepak dekat rumah. Tak keluar ke mana pun. Duduk tengok tv dari pagi sampai petang. Disebabkan deepavali, so cerita di tv pn banyak cerita-cerita tamil or hindustan. Boring. Nasib baik ada ASTRO. So tengoklah movie and cerita-cerita melayu di HBO, Star Movie, Ria, Prima and Oasis. Actually thought, petang hari nak mandikan si comel I. Tapi memandangkan cuaca panas sangat-sangat, so I cancel je niat tu. Sambung lepak tengok tv lagi. Tv punya pasal, breakfast entah kemana, lunch entah kemana, semua jadi haru biru. Almaklumlah dah lama tak dapat tengok tv. Kerja memanjang. Best juga layan tv ni. Hari jumaat saja I tengok tv smpi jam 0200 pagi. 

Tapi yang lagi best sebenarnya, tengahhari jumaat tu, beboyoot datang. Baru lepas kena inject dekat punggung tapi tak menangis. Bagus betul. Good boy. Tapi menjelang petang maybe badan dia dah tak berapa sedap. Nak demam mungkin. Bagus lah kalau macam tu. Doktor kata kalau budak-budak demam selepas cucuk bagus sebab ubat itu berjalan dalam badan. So, petang hari beboyoot merengek sikit. So far ok lagi. Masih boleh bergurau.

Petang hari lepas ayah balik kerja (dia tak cuti deepavali), we all together-gether drill dinding untuk letak gambar convo yang dh lapuk. My lil sis punya boleh kata baru jugak la. 16 october haritu baru convo. Yang I punya ni yang kes lapuk ni. Since 2006 (diploma) and 2009 (degree) tak gantung-gantung. Semua sebab nan tunggu my lil sis convo dulu. Kesian I. Sekali nak gantung haritu, punya lah banyak gambar. 7 frame semuanya. Semua gambar convo. Banyakkan? Pening-pening nak mengatur gambar. Tapi once dh siap, peeerrrggghhhh, cun habis. Ehehe... Tapi kesian beboyoot. Dia takut dengar bunyi drill tu. Siap gigil-gigil dia. Melonjak macam nak rak masa ayah tengah drill. Eehehhhe... Lawak juga tengok dia.

Malam hari masa ibu, ayah dgn adik beradik beboyoot datang amik dia, ibu beboyoot ajak dinner sama-sama. So we all decide nak dinner dekat "SUP CENDAWAN KELANANG". Ehehehe. Tak tahu lah apa nama kedai tu. Tapi masa duduk dekat Kem Jugra dulu selalu jugak makan. Tapi tapau je. Eheheee. Haritu we all makan di kedai tu. So far okla. Cuma environment tak berapa nak best. Macam-macam we all makan. Sup cendawan, nasi goreng cendawan, ayam goreng berempah, ayam goreng lada dan yang paling best sekali is telur goreng rangup. Rangup betu-betul telur goreng tu Pelik tengok. Macam mana lah makcik tu masak telur sampai rangup macam tu sekali. Mama I cakap, kalau nak tekur goreng jadi rangup macam tu sekali, kita kena guna banyak minyak masa masak. Uissshhh. tak elok juga kan. Tak mengapa lah. Sekali sekali. Ehheee. So we all pun makan lah sampai kenyang.

After we all dah tersandar kekenyangan, we all pun balik rumah masing-masing. And I sambung tengok tv till 2.00am then zzZZZzzzzzzzzz.


Saturday 6th october 2010,

Early in the morning, me and my lil sis dah bangun untuk hantar si comel I pergi hospital untuk repair lagi. Kesian dia kesian I. Banyak kali dah ulang-alik betulkan si comel I ni. Bila nak sudah pun I tak tahu. Hopefully it would be OK after this. Punyalah lama repair. Dari jam 1030 sampai ke 1145 pub belum siap-siap lagi. Kesian si comel I. Entah apa yang tak kena kalini pun I tak tahu. Just wait & see. 

Habis uruskan si comel, I dengan my lil sis terus pergi Empire Shopping Gallery. Tak pernah pergi lagi ni. Baru 1st time. Ingatkan best lah but i'm a bit frustrated. We all lunch at Chilli's. I makan Big Mouth Mushroom Swiss dengan air apa ntah. Lupa dah namanya. And my lil sis makan Big Mouth Burger juga dengan air yang entah apa namanya. Ehehe. Okla. Disebabkan burger tu yang terlampau-lampau besar, so we just take time nak habiskan. Last2 bungkus bawak balik. Muka my lil sis macam nak pengsan nak menghabiskan burger dia. Ahahaahahhaha. Lawak sangat. Sabar je la. Lepas makan we just window shopping. Pergi farmasi beli toiletries, pusing-pusing cari whisk (ingat nk beli macaroon tapi dah habis) then pusing-pusing lagi sampailah penat. Jam 1500, we all balik.

Sampai saja kat rumah si beboyoot ada lagi. Kalini ibu, ayah dgn adik-beradik dia pergi Seremban Parade cari laptop adapter. Punya lah jauh. Macam tak ada je dekat-dekat area Klang or Shah Alam. Sabar je la. Tapi takpe. Boleh main-main dengan beboyoot yang semakin boyoot. Bulat betul badan dia. Kusemangat. Sehat sungguh. Baru 6bulan, dah pandai main, pandai ajak orang main, pandai gelak tu yang paling best. Sampai meleleh-leleh air liur kalau suka sangat. Eheheee. 

Malam hari macam biasa. Tengok tv. Mari Menari lah, Reunion Af lah macam- macam lah. Eheheee. Tapi tidur awal sikit. Maybe sebab penat dari pagi sampai petang berpanas. Bila dah tido maka tamat hari kisah untuk hari sabtu. Eheheeee.

Sunday 7th october 2010,

Pagi-pagi lagi dah temankan mama pergi pasar. Beli ayam, ikan keli, rebung, bahan-bahan buat laksa & etc. Beli benda-benda ni jer dh cecah RM50. Kecilnya nilai duit sekarang. Ish...ish...ish... Balik rumah terus tolong mama masak untuk makan tengah hari. Harini ayah pesan nak makan gulai ikan keli dengan rebung. I pun dah lama gila tak makan rebung. Gila mengidam nak makan sangat. Mula-mula I dengan mama masak kuah laksa dulu. Punya lah banyak kitorang buat. Boleh makan sampai 10 orang. Padahal yang makan laksa dalam rumah tu just I, my lil sis and mama jer. Tapi tak mengapa. Lagi lama kuah laksa lagi sedap rasanya. Baru sebati semua-semua bahan.  Dengan kuantiti yang kitorang buat ni mau boleh simpan sampai seminggu kuah ni.  Eheheheheee. Lepas masak kuah laksa, I tolong mama masak gulai ikan keli dengan rebung dan tak lupa ikan keli goreng. 
Dah siap masak semua, barulah my lil sis yang macam diva tu bangun tidur. Huhhh, melampau betul. Bangun tidur terus lunch. Tapi I puas hati betul lepas lunch. Sedap sungguh gulai ikan keli dengan rebung. Lama sangat tak makan. Bertambah-tambah nasi. Sampai tak ingat yang badan dah sedia bulat. Eheheee. Lepas makan ape lagi, my lil sis continue online and I and my mama continue chilling in front of TV and about a few second we just zzzzZZzzZZZzz. Eheeheeeeee.

Malam macam biasa, lepas dinner continue dgn result mari menari dekat ASTRO Ria then sambung pula dengan cerita melayu di TV3 (Sebelum Akhirat). Habis jer cerita melayu, mama dengan ayah masuk tidur but me and my lil sis continue watching Jangan Tido Lagi. Tengok Awal Ashaari. Pergghhh handsome. Beruntung Scha Al-Yahya. Semua orang ada jodoh masing-masing yang dah ditentukan Allah SWT.

p/s: Begitulah cerita I sepanjang weekend ini. Berjalan-jalan dengan my lil sis and most of time at home. I like to be at home. Aman gila rasanya.

Thursday, November 4, 2010

++ KERETA oh KERETA ++

Assalamualaikum. Macam-macam bender jadi sejak dua menjak ini. Kereta I yang comel lote ini tak sudah-sudah buat hal. Naik bosan I dibuatnya. Sebulan dua ini dia buat perangai asyik nak melompat saja. Dah macam orang tak reti bawak kereta dah I. Harini, nak tak nak I kena hantar si comel I pergi jumpa doktor. So, early in the morning lagi I dah bawa dia jumpa doktor. Jam 0830 I dah sampi dekat Perodua Glenmarie. Periksa punya periksa, rupa-rupanya si comel punya speedometer shalf leaking. So, gear box dia punya minyak sudah banyak keluar.

Hampir 3 jam menunggu akhirnya siap juga si comel I. Tapi yang menyakitkan hati, nak dijadikan cerita boleh pula pekerja-pekerja perodua terlupa nk set balik I punya speedometer meter. Meter sentiasa di 0 walaupun laju macam ferrari I bawa. Sabtu ini kena bawa balik kereta ke perodua. Bengang betul sekarang. Marah sangat hati ini. Tuhan saja yang tahu. 

Tapi apa boleh buat. Benda dah jadi. So, redhakan sahaja. Ader hikmah. Hikmahnya, sabtu ini bolehlah window shopping with my lovely lil sister. Ingat nk pergi Empire Gallery dekat Subang Jaya tu. Macam seronok jer. Ramai dah bercerita mengenainya. Cuma I saja yang terlambat. Nak buat macam mana. I busy memanjang. Kerja melampau-lampau banyaknya. Kalau datang office sampailah habis office hours, asyik duduk mengadap lappy. Naik pening kekadang kepala ni. Tapi tahankan saja. Yelah, cari rezeki. Berblogging, fbing and tweet pun sambil-sambil menyelam minum air. Curi-curi guna kata orang. Eheheh...

p/s: Jangan selalu sangat curi-curi tulang ni. Tak elok. Ehheheheee

Wednesday, November 3, 2010

++ BOSAN ++

MasyaAllah. Bosan sungguh harini. Apa nak buat pun tak tahu. Naik buntu dah kepala ini berpikir. Dari pagi sampailah ke pukul 1630 ini, I just fix, merged and commit program je. Ms Fong punya rfs  asyik mundar-mandir masuk dalam I punya dashboard. Bila dah fixed then send back to her after a few hours, it would came back to my dashboard. Then fixed again and assign back to her. After a few minute, it came back to my dashboard but now it was for merge forward. Ehehehe. Sorry guys. Mesti semua tak fahamkan apa yang I tengah bebelkan. Tapi sungguh I bosan.

This Friday is Deepavali. So, boss I dah mula bercuti. Lagilah bosan dibuatnya. Macam nak muntah-muntah dah tekak ini tengok coding informix 4gl ini. Tadi tengahari I tak keluar lunch. Just makan kuih saja. Sekarang dah mula lapar dah perut ini. Berbunyi-bunyi dah. Macam-macam lagu dah boleh dengar sekarang. Tapi tahankan saja.

Pengubat hati I masa I tengah-tengah bosan & lapar ini adalah SHAHZ JASZLE akabest. Manusia memang boleh berubah. Terpulang pada hati masing-masing. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oooohhh Shahz Jaszle Jasmin. ASMARA. Huuuhhh... Boleh meleleh airmata kalau tengok dengan kusyuk cerita itu. Episod semalam memang



p/s: Anyway, Happy Deepavali pada semua penganut agama Hindu. Have a save journey and a happy holiday to others......